Friday 22 April 2011

Taman Negara, Pulau Pinang














5 Disember 2010, kami dan famili abg im telah berkunjung ke Taman Negara, Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai seperti berkhemah, jungle tracking, melihat rumah api dan sebagainya. Yang penting adalah masuk percuma. Bayaran hanya dikenakan apabila menaiki jambatan gantung yang memang amat menarik diterokai. Sedangkan anak kami yang berumur 4 tahun pun berjaya menaiki dengan cemelang, gemilang dan terbilang apatah lagi orang dewasa. Namun demikian, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diambil bahagian dengan terokai laman web Taman Negara tersebut. Menariknya Malaysiaku.

Monday 18 April 2011

Muzium Perang, Pulau Pinang










Pada 4 Disember 2010 kami dan abg im sekeluarga telah berkunjung ke Muzium Perang, Pulau Pinang. Walaupun hampir setahun tinggal di Seberang Jaya, Pulau Pinang ini merupakan lawatan kami yang pertama. Mungkin kurang promosi mengenai Muzium Perang ini maka tidak ramai rakyat Malaysia khususnya mengetahui kewujudannya. Satu tempat yang menarik untuk kami sekeluarga dan anak-anak kerana pelbagai info dan bahan sejarah yang dapat dilihat dan dirasai kesusahan serta pengorbanan pak cik-pak cik dan tok-tok kita dalam mempertahankan tanah air Malaysia yang dicintai ini. Daripada kenangan berada di terowong bawah tanah sehinggalah bangunan yang dijadikan pejabat dan kuartters tentera di zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu sekitar 1940an. Sangat menarik untuk dikongsi bersama dengan anak-anak.

Selamat Hari Lahir Zarif Hakim






Alhamdulillah, anak kami yang kedua iaitu Zarif Hakim telah mencapai umur 5 tahun. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas keizinanNya umur kami sekeluarga masih dipanjangkan lagi. Kami sentiasa berdoa kepadaNya semoga tetapkanlah rohani dan fizikal kami sentiasa teguh dengan keimanan dan rahmat dariNya Allah SWT. Semoga dijauhilah daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan dimatikan dalam iman. InsyaAllah.

Monday 29 November 2010

Selamat Panjang Umur Sofia Batrisyia




Selamat Panjang Umur Sofia Batrisyia Yang Ke 7 Tahun.
Semoga Sentiasa Mendengar Kata-Kata Ummi dan Ayah.
Dan Menjadi Anak Yang Solehah. Amin.

Monday 23 August 2010

Selamat Panjang Umur Luqman Hakim

Salam. Pada 26 Jun 2010, jiran kami iaitu Ed n Ros sefamili telah mengadakan majlis celebrating birthday anak keduanya iaitu Luqman Hakim yang genap umurnya 1 tahun. Walaupun simple tapi dengan anak-anak aku sekali enjoy dan turut bersama nak potong kek. Hehehe ... Walaubagaimanapun tahniah jugak la kepada Luqman Hakim coz dia bakal mempunyai adik .. Hehehe ..

Salam Ramadan 1431 Hijrah

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1431 Hijrah. Semoga peluang ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dalam meningkatkan amalan kita kepadaNya untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Insya Allah.

Monday 28 June 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010



Salam.

Pada 26 Jun 2010 jam 8.00 pagi dan bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II telah diadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan pelbagai atrucara yang menarik disediakan oleh pihak sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan Tafsir dan disampaikan oleh pelajar Tahun 4 yang cerdik lagi bijaksana. Ucapan Guru Besar yang baru iaitu En. Mohamad Sariff bin Ahmad diteruskan selepas bacaan doa tadi. Beliau menjelaskan pencapaian kemajuan kecemerlangan akademik dan kokurikulum bagi SK Seberang Jaya II. Beliau juga memaklumkan akan sasaran pihak sekolah dalam memastikan kejayaan di dalam UPSR melalui pelbagai program peningkatan kecemerlangan untuk pelajar Tahun 6. Aturcara diteruskan dengan ucapan dan seterusnya perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SK Seberang Jaya II iaitu Tn. Hj. Badri bin Hj. Hamid. Selepas itu aturcara disambung dengan persembahan nasyid, penyampaian hadiah bagi tahun 1,2 dan 3, tarian sirih pinang & zapin, choral speaking, penyampaian hadiah bagi tahun 4 & 5, tarian dan nyanyian, penyampaian sumbangan PIBG untuk pelajar cemerlang UPSR 2009. Dan majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Alhamdulillah Sofia mendapat tempat ke3 di dalam kelas 1 Harapan. Sebagai ibubapa semestinyalah kita mendoakan kejayaan bagi anak-anak kita. Selamat Maju Jaya Semua.