Friday 16 October 2009

TOK ABAS MENINGGAL DUNIA

Bersama P'Emi n Keluarga di kampung

SALAM. Pada 1 oktober 2009 Tok Abas aku tlh meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor pada pukul lbh kurang 11.20 mlm. Then 2 oktober 2009 aku blk ke kl then bersama parents, adik n adik iparku balik ke Pontian. Sampai di sana pukul 2.30 ptg then terus ke kubur utk sedekahkan doa n bacaan Yasin. Kami tido di rumah Pak Emi n balik KL pada 3 oktober 2009 pukul 12.30 tghr. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga roh arwah Tok Abas dicucuri rahmat Allah. Amin.

Monday 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H


Bersama saudara mara di kampung

Mak & Adik-adikku dengan anak2nya

Keluarga Yang Tersayang

Salam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Tahun ini jatuh pd hari ahad 20 september 09. Alhamdulillah rezeki dilimpahkan oleh Allah dlm persediaan menyambut hari lebaran ini. Kami sekeluarga beraya di kg medan dahulu then menziarahi nenek di kg melekek dalam, lubuk china, melaka. Hari raya kedua tengahari kami ke tmn perpaduan, ipoh - rumah mak mertua aku. Tahun ni merupakan cuti raya yg paling pendek sepjg berkhidmat dgn kerajaan coz aku memangku j44. so kena bertugas 28 hari berturut2. hehehe. macam manapun thanks a lot 2 my wife 4 her kindness.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR N BATIN.

Tuesday 28 July 2009

MANDI-MANDA D TELUK KEMANG














Sempena dengan cuti aku n famili ke Taman Medan, maka adik aku cadangkan ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk mandi-manda. Lagipun agak lama kami tidak ke sana. Disamping tu, bagi open minded parents aku dengan perubahan2 yang berlaku di bandar-bandar utama ataupun pusat2 perkelahan (chewah). Kami ke Port Dickson pada 25 Julai 2009. Lebih kurang dari rumah pukul 8.30 pg dan sampai pukul 9.40 pg. Anak2 aku tidak menyabarkan diri sendiri untuk terjun ke laut. Hasilnya hampir 3.5 jam mereka berendam dan bermain dengan air laut. Akupun layan jer la dengan mereka. Wife aku kurang sihat. So just become ahli panel jer la a.k.a pemerhati hehehe. Alhamdulillah semuanya selamat. Tapi sunburn tidak boleh lari dari mandi laut. Akibatnya aku dan anak2 menjadi hitam manis untuk beberapa hari akan datang. Kami balik ke Taman Medan lebih kurang 2.30 ptg n sampai kul 3.50 ptg. Thanks Allah. Semua selamat.

Saturday 18 July 2009

MANDI DI CARNIVAL WATER PARK, SP






11 Julai 2009 kami sekeluarga bermandi manda di Carnival Water Park, Sg. Petani. Cuaca mendung dan aktiviti berjalan lancar sehingga tidak sedar masa berlalu tinggi. Pengunjung pun tidak ramai dan baik utk kami kerana tidak perlu bersesak. Anakku Hakim asyik ngangis kerana nakkan mainan Ben 10. Macamanapun kami sekeluraga enjoy. Alhamdulillah.

Sunday 12 July 2009

RFC di Sg. Petani, Kedah


Pada 11 Julai 2009 kami sekeluarga pi breakfast di RFC, Sg. Petani dalam perjalanan ke Carnival Water Park. Sedap gak sekali sekala makan di sini. Terasa beza la antara RFC dengan KFC. Sapa2 yang tak rasa lagi, mai la ke Sg. Petani.

Sunday 28 June 2009

Aquaria











5 jun 09.
Kami sekeluarga ke Aquaria di KL Convention Centre. Maklumla cuti sekolah. Bawa anak-anak berjalan ke KL lawat atok n neneknya. Bersesuaian dengan tempatnya, maka bayaran masuknya boleh tahan jugak mahalnya. Dewasa Rm28.00 n kanak-kanak 3 tahun ke atas Rm 18.00 kot. Sorry lupala. Yealah kita perlu faham la cost pembelian dan penyelenggaraan Aquaria ni memang tinggi. Harap-harap kejadian yang berlaku di Underwater World,Langkawi tidak berulang di Aquaria. Satu kerugian besar jika berlaku lagi. Banyak jenis hidupan air dan darat yang terdapat di situ. Jenis ikan jangan cakap la. Banyak sungguh. Sangat menarik. Terdapat juga show diver memberi makan ikan. Tapi show ni ada waktunya. Jika pi sana better tunggu sampai show berlangsung. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Maklum la dah bayar mahal. Wajib tunggu sampai puas hati. Ada juga artist corner untuk kenang-kenangan sekeluarga sepanjang berada di sana.

Saturday 27 June 2009

Demam Movie Transformers



24 Jun 09 Malaysia di serang demam H1N1 sebaliknya demam movie Transformers di pawagam seluruh Malaysia. Anak-anak kami juga tidak ketinggalan dengan meminta untuk membeli robot mainan samada di jual di stesen minyak Petronas atau di KFC. Di stesen minyak Petronas satu robot harganya RM 15.90 berbanding di KFC cuma RM 7.90 (Kids Meal). Next wednesday kami plan nak pi menonton coz hari tersebut harga tiket murah. Dan walaupun ramai mungkin tidak seramai di awal hari pembukaannya. Hopely la. Hehehe.

Thursday 25 June 2009

Muzium Padi





13 Jun 2009 kami sekeluarga pi Muzium Padi. Yealah tujuan asal nak pi kenduri kahwin staff di Alor Setar. So wife cadang lepas pi kenduri kita pi Muzium Padi. Yuran masuk tak mahal. Dewasa Rm 2.00 kot. Budak2 kena gak tapi yg berumur 6 tahun ke atas kot. Lupa laa. Tapi yg pasti seronok gak bawa anak-anak ke sana. Maklumlah dorang semua termasuk la mak bapak dorang bukan nye ada bendang di kampung. Kalau balik rumah parents pun di taman perumahan jer. Muzium Padi ni ada 2 bhg. Bhg atas adalah permandangan persekitaran bendang dalam satu kawasan kampung yang luas jugak. Bhg atas nie boleh berpusing. Kita dok tang kerusi dan perhatikan jer pergerakkannya. Cuba la.

Wednesday 24 June 2009

Keluargaku


Inilah 1keluarga yang terdiri daripada zikri, sofia, hakim dan nora. Kami menetap di Lunas, Kedah Darul Aman. Iaitu lebih kurang 11 kilometer dari Kulim menghala ke Sungai Petani. Menetap secara 1keluarga di sini hampir 4 tahun. Kami bukan berasal dari Kedah tetapi anak-anak sudah lekat loghat Kedah dengan baik sekali. Semakin jatuh cinta dengan kehidupan di sini. Jauh daripada kesibukan kereta TETAPI sudah ada kehidupan ke arah itu. Kenderaan semakin banyak, banyak jalanraya telah di upgrade, taman-taman perumahan semakin berkembang dan pencemaran semakin menular dalam diam. Itulah dia kehidupan ke arah pembangunan. Apa yang pasti keluarga wajib diutamakan. Sesibuk macam manapun utamakanlah keluarga. Tanpa keluarga kehidupan berlalu pergi tanpa warna warni asam garam yang nikmatnya hanya Tuhan sahaja memberi. Tiada hidup tanpa masalah. Setiap permasalahan kehidupan berkeluarga pasti ada jalan penyelesaiannya. Usaha dan tawakal adalah ubatnya. Kepada Allah kita berserah dan berdoa semoga hari-hari kehidupan keluarga yang mendatang mendapat rahmatNya demi kebahagian dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Friday 22 May 2009

1 Keluarga


Salam.

1 keluarga merupakan blog khusus untuk keluarga aku.
1 keluarga sebagai suatu diari catatan aktiviti kami bersama ahli-ahli keluarga lain.
1 keluarga amat positif dalam perkembangan ilmu ICT.
1 keluarga percaya ilmu perlu untuk disebarkan.

Sayanglah keluarga.