Monday 28 June 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010



Salam.

Pada 26 Jun 2010 jam 8.00 pagi dan bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II telah diadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan pelbagai atrucara yang menarik disediakan oleh pihak sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan Tafsir dan disampaikan oleh pelajar Tahun 4 yang cerdik lagi bijaksana. Ucapan Guru Besar yang baru iaitu En. Mohamad Sariff bin Ahmad diteruskan selepas bacaan doa tadi. Beliau menjelaskan pencapaian kemajuan kecemerlangan akademik dan kokurikulum bagi SK Seberang Jaya II. Beliau juga memaklumkan akan sasaran pihak sekolah dalam memastikan kejayaan di dalam UPSR melalui pelbagai program peningkatan kecemerlangan untuk pelajar Tahun 6. Aturcara diteruskan dengan ucapan dan seterusnya perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SK Seberang Jaya II iaitu Tn. Hj. Badri bin Hj. Hamid. Selepas itu aturcara disambung dengan persembahan nasyid, penyampaian hadiah bagi tahun 1,2 dan 3, tarian sirih pinang & zapin, choral speaking, penyampaian hadiah bagi tahun 4 & 5, tarian dan nyanyian, penyampaian sumbangan PIBG untuk pelajar cemerlang UPSR 2009. Dan majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Alhamdulillah Sofia mendapat tempat ke3 di dalam kelas 1 Harapan. Sebagai ibubapa semestinyalah kita mendoakan kejayaan bagi anak-anak kita. Selamat Maju Jaya Semua.




Friday 11 June 2010

Kelahiran Anak Ke3


Alhamdulillah.

Nora selamat menjalani pembedahan bagi melahirkan anak kami yang ke3 di Hospital Pantai,Ipoh, Perak pada 5 Mei 2010 dengan beratnya 3.4kg. Syukur yang teramat kepadaNya kerana semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Alhamdulillah. Anak kami yang ke3 ini diberikan nama Muhammad Zahin Rizqy.

Villa Homestay Tambun Ipoh

Bilik Atas 2

Bilik Atas 3

Bilik Utama

Bilik Bawah

Ruang Tamu

Ruang Dapur

Hadapan Rumah

Salam.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa Villa Homestay, Tambun, Perak bolehlah menghubungi Amid 0133424355 & Pn. Nora 013-6015692. Villa Homestay ini adalah rumah 2 tingkat Semi-D. Ia mempunyai 4 bilik tidur & 2 bilik air. Disediakan tv, peti ais, kettle, kipas siling pada setiap bilik, dan lain-lain yang bersesuaian untuk kegunaan orang bujang, famili dan berkumpulan. Mempunyai rangkaian jalanraya yg menarik iaitu :

* 2km ke Lost World, Tambun, Ipoh

* 7km ke JUSCO, Ipoh

* 12km ke Bandar Ipoh

* 5km ke Tg. Rambutan

* 5km ke Lebuhraya PLUS.

Datanglah ke sini dengan sewa hariannya sekadar RM200.00 sahaja.

#Untuk Muslim sahaja.