Sunday 28 June 2009

Aquaria











5 jun 09.
Kami sekeluarga ke Aquaria di KL Convention Centre. Maklumla cuti sekolah. Bawa anak-anak berjalan ke KL lawat atok n neneknya. Bersesuaian dengan tempatnya, maka bayaran masuknya boleh tahan jugak mahalnya. Dewasa Rm28.00 n kanak-kanak 3 tahun ke atas Rm 18.00 kot. Sorry lupala. Yealah kita perlu faham la cost pembelian dan penyelenggaraan Aquaria ni memang tinggi. Harap-harap kejadian yang berlaku di Underwater World,Langkawi tidak berulang di Aquaria. Satu kerugian besar jika berlaku lagi. Banyak jenis hidupan air dan darat yang terdapat di situ. Jenis ikan jangan cakap la. Banyak sungguh. Sangat menarik. Terdapat juga show diver memberi makan ikan. Tapi show ni ada waktunya. Jika pi sana better tunggu sampai show berlangsung. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Maklum la dah bayar mahal. Wajib tunggu sampai puas hati. Ada juga artist corner untuk kenang-kenangan sekeluarga sepanjang berada di sana.

Saturday 27 June 2009

Demam Movie Transformers



24 Jun 09 Malaysia di serang demam H1N1 sebaliknya demam movie Transformers di pawagam seluruh Malaysia. Anak-anak kami juga tidak ketinggalan dengan meminta untuk membeli robot mainan samada di jual di stesen minyak Petronas atau di KFC. Di stesen minyak Petronas satu robot harganya RM 15.90 berbanding di KFC cuma RM 7.90 (Kids Meal). Next wednesday kami plan nak pi menonton coz hari tersebut harga tiket murah. Dan walaupun ramai mungkin tidak seramai di awal hari pembukaannya. Hopely la. Hehehe.

Thursday 25 June 2009

Muzium Padi





13 Jun 2009 kami sekeluarga pi Muzium Padi. Yealah tujuan asal nak pi kenduri kahwin staff di Alor Setar. So wife cadang lepas pi kenduri kita pi Muzium Padi. Yuran masuk tak mahal. Dewasa Rm 2.00 kot. Budak2 kena gak tapi yg berumur 6 tahun ke atas kot. Lupa laa. Tapi yg pasti seronok gak bawa anak-anak ke sana. Maklumlah dorang semua termasuk la mak bapak dorang bukan nye ada bendang di kampung. Kalau balik rumah parents pun di taman perumahan jer. Muzium Padi ni ada 2 bhg. Bhg atas adalah permandangan persekitaran bendang dalam satu kawasan kampung yang luas jugak. Bhg atas nie boleh berpusing. Kita dok tang kerusi dan perhatikan jer pergerakkannya. Cuba la.

Wednesday 24 June 2009

Keluargaku


Inilah 1keluarga yang terdiri daripada zikri, sofia, hakim dan nora. Kami menetap di Lunas, Kedah Darul Aman. Iaitu lebih kurang 11 kilometer dari Kulim menghala ke Sungai Petani. Menetap secara 1keluarga di sini hampir 4 tahun. Kami bukan berasal dari Kedah tetapi anak-anak sudah lekat loghat Kedah dengan baik sekali. Semakin jatuh cinta dengan kehidupan di sini. Jauh daripada kesibukan kereta TETAPI sudah ada kehidupan ke arah itu. Kenderaan semakin banyak, banyak jalanraya telah di upgrade, taman-taman perumahan semakin berkembang dan pencemaran semakin menular dalam diam. Itulah dia kehidupan ke arah pembangunan. Apa yang pasti keluarga wajib diutamakan. Sesibuk macam manapun utamakanlah keluarga. Tanpa keluarga kehidupan berlalu pergi tanpa warna warni asam garam yang nikmatnya hanya Tuhan sahaja memberi. Tiada hidup tanpa masalah. Setiap permasalahan kehidupan berkeluarga pasti ada jalan penyelesaiannya. Usaha dan tawakal adalah ubatnya. Kepada Allah kita berserah dan berdoa semoga hari-hari kehidupan keluarga yang mendatang mendapat rahmatNya demi kebahagian dunia dan akhirat. InsyaAllah.