Friday 9 April 2010

Mesyuarat Agong PIBG Sek Keb Seberang Jaya II Tahun 2010










Salam. Pada 27 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II telah mengadakan satu Mesyuarat Agung PIBG 2010 di kantin sekolah tersebut. Sebagai ibubapa atau penjaga anak kita wajiblah mengambil bahagian dalam memastikan perkembangan dan pengurusan anak-anak sepanjang bersekolah di situ dapat berjalan dengan lancar dan muafakat di antara pihak sekolah dan ibubapa. Inilah peluang dan masa untuk ibubapa mengusulkan sebarang idea dan pendapat dalam meningkatkan kerjasama dan seterusnya memastikan kejayaan anak-anak kita di sekolah terbabit. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Seberang Jaya dan dalam ucapannya yang bernas dan ilmiah itu saya percaya para ibubapa dapat mengambil iktibar dan pengajaran dalam membentuk anak-anak kearah kebaikan dan meninggalkan perbuatan jahat. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir bagi Guru Besar kerana beliau akan bersara awal dalam tempoh terdekat ini. Mesyuarat ini telah selesai pada pukul 1.00 tengahari. Tahniah kepada para ibubapa yang hadir kerana memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini.