Monday 28 June 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010



Salam.

Pada 26 Jun 2010 jam 8.00 pagi dan bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II telah diadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar 2010. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan pelbagai atrucara yang menarik disediakan oleh pihak sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan Tafsir dan disampaikan oleh pelajar Tahun 4 yang cerdik lagi bijaksana. Ucapan Guru Besar yang baru iaitu En. Mohamad Sariff bin Ahmad diteruskan selepas bacaan doa tadi. Beliau menjelaskan pencapaian kemajuan kecemerlangan akademik dan kokurikulum bagi SK Seberang Jaya II. Beliau juga memaklumkan akan sasaran pihak sekolah dalam memastikan kejayaan di dalam UPSR melalui pelbagai program peningkatan kecemerlangan untuk pelajar Tahun 6. Aturcara diteruskan dengan ucapan dan seterusnya perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SK Seberang Jaya II iaitu Tn. Hj. Badri bin Hj. Hamid. Selepas itu aturcara disambung dengan persembahan nasyid, penyampaian hadiah bagi tahun 1,2 dan 3, tarian sirih pinang & zapin, choral speaking, penyampaian hadiah bagi tahun 4 & 5, tarian dan nyanyian, penyampaian sumbangan PIBG untuk pelajar cemerlang UPSR 2009. Dan majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Alhamdulillah Sofia mendapat tempat ke3 di dalam kelas 1 Harapan. Sebagai ibubapa semestinyalah kita mendoakan kejayaan bagi anak-anak kita. Selamat Maju Jaya Semua.




1 comment:

  1. tahniah sofia..moga kekalkan prestasi dan tambahkan kecemerlangan lagi..

    ReplyDelete